Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peraduan fotografi Instagram di Jalur Budaya

Jan 22, 2022 | 5:30 AM
NIKMATI ALAM, MESRA ALAM: Rumah kecil mesra alam di Pulau Lazarus diperbuat daripada bahan binaan mampan seperti plastik kitar semula dan gentian kayu, dan akan mempunyai 'biodigester' yang akan menukar sisa makanan kepada kompos di situ.
NIKMATI ALAM, MESRA ALAM: Rumah kecil mesra alam di Pulau Lazarus diperbuat daripada bahan binaan mampan seperti plastik kitar semula dan gentian kayu, dan akan mempunyai 'biodigester' yang akan menukar sisa makanan kepada kompos di situ. - ZAOBAO

SATU pertandingan fotografi Instagram di sekitar Jalur Budaya Geylang Serai kini sedang diadakan sempena sambutan ulang tahun ketiga Wisma Geylang Serai (WGS).

Pertandingan InstaGeylang itu dianjurkan bersama oleh WGS, studio dan galeri Kamal Arts dan Jalur Budaya Geylang Serai dalam usaha mempamerkan keunikan dan sifat tersendiri kawasan Geylang Serai dan menonjolkan tempat dan kegiatan istimewa yang menjadi kenangan bagi orang ramai.

"Peserta boleh mengimbau kembali tentang masa lalu, menghargai masa sekarang, dan membayangkan masa depan Geylang Serai melalui gambar-gambar yang diambil dengan subjek terbuka daripada bangunan, orang, makanan dan sebagainya," kata pihak penganjur.

Pertandingan ini akan diadakan sehingga 9 Mei ini.

Untuk menyertai pertandingan ini, individu perlu mengambil gambar dalam kawasan Geylang Serai yang bersempadan dari stesen MRT Eunos/Still Road hingga ke stesen MRT Kallang/Geylang Lorong 1 antara Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dengan Dunman Road.

Individu kemudian perlu memuat naik gambar mereka di Instagram dengan tanda pagar #InstaGEYLANG dan menyertakan lokasi gambar diambil.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://sites.google.com/kamaldollah.com/instageylang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg