Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peraduan NDP OMGxBH

Jul 25, 2024 | 10:57 AM
Peluang menang tiket NDP 2024.
Peluang menang tiket NDP 2024. - Foto-The Straits Times

Sempena Hari Kebangsaan, @omgxbh sedang menganjurkan peraduan ‘ceritakan segmen NDP kegemaran anda’.

Peserta berpeluang memenangi sepasang tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.

Dua peserta yang mempunyai jumlah ‘like’ tertinggi bagi komen mereka akan dipilih sebagai pemenang peraduan ini.

Berikut cara menyertai peraduan:

(1) Ikuti profil Instagram @omgxbh. 

(2) ‘Like’ pos NDP dan berikan komen tentang segmen NDP kegemaran anda.

(3) Tag 3 rakan dalam ruang komen.

Pemenang akan diumumkan pada Rabu 31 Julai.

Syarat Rasmi

Dengan menyertai Peraduan, peserta bersetuju untuk terikat dan mematuhi terma dan syarat di bawah (“T&Cs”).

Penerangan Peraduan: Peraduan NDP anjuran OMGxBH (Orang Muda Gitew x Berita Harian) akan berlangsung dari 24-31 Julai 2024. Semasa tempoh peraduan, peserta akan berpeluang berkongsi segmen NDP kegemaran anda.


Dua pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang mempunyai jumlah ‘like’ tertinggi. 

Pemenang akan diumumkan pada 31 Julai 2024.

Kelayakan: Peraduan terbuka hanya kepada mereka yang menetap di Singapura. Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau lebih pada masa penyertaan, dan memiliki akaun Instagram peribadi. Kakitangan SPH Media Limited dan syarikat berkaitannya (“Kumpulan SPH”) dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak mengambil bahagian. Hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan untuk setiap peserta. Pemenang hanya boleh menerima satu hadiah (sepasang tiket NDP).


Hak Cipta: Semua hak cipta dan hak harta intelek lain dalam dan kepada bahan yang diserahkan hendaklah terletak hak sepenuhnya dan mutlak pada SPH Media Limited tanpa pampasan selanjutnya. Setakat maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang, setiap peserta dengan ini mengetepikan hak moralnya dalam dan kepada semua bahan tersebut yang memihak kepada SPH Media Limited. BH berhak untuk menggunakan mana-mana cerita peraduan di akhbar penerbitan kami, laman web dan saluran media sosial dan lain-lain platform yang dimiliki atau dikendalikan oleh SPH Media sebaik sahaja cerita telah dihantar ke peraduan melalui ruang komen di pos NDP itu.


Hadiah:

Peserta berpeluang memenangi sepasang tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.

Pemenang akan dikehendaki mematuhi terma dan syarat tambahan penaja hadiah tersebut. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik, atau ditukar atau ditebus dengan wang tunai.

BH berhak, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan, menarik balik, menambah atau mengubah mana-mana hadiah yang ditawarkan tanpa memberitahu peserta.

Pemilihan pemenang, pemberitahuan dan kutipan hadiah: BH akan menghubungi pemenang melalui pesanan langsung Instagram (‘Direct Message’). E-mel pengesahan akan dihantar kepada pemenang seterusnya, dengan disertakan borang pengakuan dan kebenaran. Jika pemenang membenarkan orang lain mengambil hadiah bagi pihak mereka, mereka perlu mengisi borang kebenaran. Pemenang perlu mengemukakan e-mel pengesahan/NRIC kepada di pejabat SPH dan menandatangani Borang Pengakuan sebelum mereka boleh menerima hadiah mereka.


Urusan lain: Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau lain-lain yang dikaitkan dengan Instagram, Inc. Peserta mesti memahami bahawa mereka memberikan maklumat mereka kepada BH dan bukan kepada Instagram. BH berhak untuk mengubah suai peraduan atau mana-mana tarikh atau tarikh akhir yang ditetapkan dalam peraturan rasmi ini atau sebaliknya mengawal peraduan.


Baca terma dan syarat lain: https://www.sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/


Semoga Berjaya!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg