Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perah otak 30 jam di 'hackathon' Kelab Mendaki

Sep 23, 2018 | 5:30 AM
CARI HURAIAN: Peserta program Inkubator Kepimpinan (LI) anjuran Kelab Mendaki memerah otak dalam acara hackathon selama 30 jam bermula pagi semalam untuk mencari huraian kepada isu yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam. - Foto BM oleh SYAZA NISRINA
CARI HURAIAN: Peserta program Inkubator Kepimpinan (LI) anjuran Kelab Mendaki memerah otak dalam acara hackathon selama 30 jam bermula pagi semalam untuk mencari huraian kepada isu yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam. - Foto BM oleh SYAZA NISRINA -

SEBANYAK 11 pasukan yang terdiri daripada 50 belia bertanding dalam satu acara 'hackathon' selama 30 jam untuk mencari huraian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam.

Peserta mula membincangkan pelbagai isu yang dihadapi masyarakat di ACC EduHub berdekatan Orchard Road semalam, dan akan membentangkan idea mereka kepada sebuah panel pengadil hari ini.

Acara itu merupakan sebahagian daripada program Inkubator Kepimpinan 2018 (LI 2018) anjuran Kelab Mendaki (MClub), yang bertujuan menggalakkan karyawan muda dan pelajar pengajian tinggi agar menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

Tahun ini, MClub berganding bahu dengan pelbagai pertubuhan termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kelab Heal, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Roses of Peace, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Forum Belia Muslim, The Codette Project dan LaunchGood bagi menjayakan acara tersebut.

Sejauh ini, LI telah membolehkan seramai 200 belia bergiat aktif dalam pertubuhan masyarakat dan memperjuangkan pelbagai isu daripada pendidikan hingga pemerkasaan wanita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg