Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peralihan pimpinan lancar penting agar S’pura dapat maju, berjaya: Desmond Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peralihan pimpinan lancar penting agar S’pura dapat maju, berjaya: Desmond Lee

Apr 21, 2024 | 03:17 PM



Peralihan pucuk pimpinan mesti berjalan dengan lancar agar Singapura dapat terus berkembang maju dan berjaya dalam dunia yang semakin tidak menentu dan berbahaya.

Demikian dikatakan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, ketika ditanya wartawan tentang peralihan Perdana Menteri negara ini yang dijangka berlaku pada 15 Mei nanti.

“Saya jangkakan tempoh yang menyeronokkan ada di sekitar kita. Tetapi yang lebih penting, peralihan ini perlu berjalan dengan lancar supaya Singapura boleh terus maju dan berjaya dalam dunia yang semakin tidak menentu dan berbahaya,” kata Encik Lee.

Beliau ditemui di pelancaran perpustakaan mini oleh Jamiyah Singapura di Jampacked@West Coast pada 21 April.

Dari segi peralihan, pemerintah sedang bersiap sedia untuk menerima Perdana Menteri baru, katanya.

Namun, beliau tidak terlepas peluang menyampaikan penghargaan kepada PM sedia ada, Encik Lee Hsien Loong.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April mengumumkan Encik Lee akan mengundurkan diri dan timbalannya, Encik Lawrence Wong, akan dilantik ke jawatan itu pada 15 Mei.

“(Kami) amat menghargai dan sangat berterima kasih kepada kerja keras selama 20 tahun oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dalam berkhidmat kepada negara, mengharumkan nama negara, dan bekerja keras sebagai satu pasukan untuk memastikan Singapura maju,” ujarnya.

Encik Desmond Lee yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC West Coast, berkata beliau dan anggota parlimen (AP) West Coast lainnya akan terus memberi tumpuan kepada usaha berkhidmat demi penduduk di sana.

Bahkan, masih banyak tugas yang perlu dijalankan, tambah beliau, termasuk inisiatif nasional yang mesti diusahakan seperti Sihat Menua SG, SG Lebih Sihat dan ComLink.

“Semua inisiatif ini, termasuk inisiatif tindakan alam sekitar dan iklim mesti dilaksanakan - bukan hanya setakat kekal sebagai dasar sahaja.

“Kami perlukan sukarelawan masyarakat, rakan kongsi untuk bekerjasama untuk melaksanakan semua inisiatif ini demi manfaat warga Singapura serta mengukuhkan masyarakat kita,” kata Encik Lee.

Ditanya sama ada penduduk boleh jangkakan wajah baru di GRC West Coast pada pilihan raya akan datang, Encik Lee berkata keputusan tersebut akhirnya terletak di bahu PM baru.

GRC West Coast kini dianggotai hanya empat AP - Encik Desmond Lee, Cik Foo Mee Har, Encik Ang Wei Neng dan Cik Rachel Ong - setelah mantan Menteri Pengangkutan S. Iswaran meletakkan jawatannya pada Januari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >