Premium
Peralihan pucuk pimpinan PA
Jun 6, 2020 | 5:30 AM
PERUBAHAN KEPIMPINAN: Encik Lim Hock Yu (kiri) akan mengambil alih peranan sebagai ketua pengarah eksekutif PA pada 15 Jun, menggantikan Encik Desmond Tan (kanan), yang akan meninggalkan perkhidmatan awam. - Foto PA -
PERSATUAN Rakyat (PA) akan melantik Encik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif (CED) pada 15 Jun ini.
Encik Lim, 55 tahun, akan mengambil alih jawatan itu daripada Encik Desmond Tan Kok Ming, 49 tahun, yang akan meninggalkan Perkhidmatan Awam pada hari yang sama, menurut satu kenyataan PA semalam.

