Premium
Peranan anggota pembangkang sebagai suara alternatif
Jul 5, 2020 | 5:30 AM
CALON ALTERNATIF: Cik Nicole Seah (kiri), berkata partinya tidak akan membangkang sekadar kerana ingin membangkang sementara Encik Francis Yuen, berkata tiada satu parti mempunyai semua jawapan atau semua bakat. - Foto-foto TANGKAP LAYAR CNA -
ANGGOTA parti pembangkang boleh memainkan peranan penting menyumbang kepada suara alternatif dan idea membina, menurut beberapa anggota parti pembangkang semalam.
Malah sekiranya diundi, mereka yakin bukan sahaja berupaya menangani cabaran yang timbul dek pandemik Covid-19 tetapi juga memperjuang isu nasional dan menangani majlis bandaran dengan baik.

