Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peranan kaum minoriti kekalkan harmoni dihargai

Sep 9, 2022 | 9:32 PM
KEHARMONIAN PENTING: PM Lee (tengah), yang hadir di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang di Pusat Konvensyen Raffles City, berkata golongan minoriti, majoriti dan pemerintah sama-sama memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama serta perpaduan sosial di Singapura.
KEHARMONIAN PENTING: PM Lee (tengah), yang hadir di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang di Pusat Konvensyen Raffles City, berkata golongan minoriti, majoriti dan pemerintah sama-sama memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama serta perpaduan sosial di Singapura. - - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG

MASYARAKAT minoriti, termasuk masyarakat Islam, telah menyumbang usaha besar dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama serta perpaduan sosial di Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Ini termasuk mendekati isu yang dihadapi dengan semangat persefahaman bersama dan tolak ansur, dan memahami bahawa sesetengah perkara perlu dilakukan secara berbeza dari tempat lain disebabkan konteks majmuk negara.

Namun, masyarakat majoriti juga perlu memainkan peranan mereka dan menolak politik majoriti, kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang sulung anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Pusat Konvensyen Raffles City hari ini (9 September).

Encik Lee turut mengetengahkan peranan yang dimainkan pemerintah untuk melindungi hak masyarakat minoriti dan memperluaskan ruang yang dikongsi bersama dalam masyarakat.

"Dengan persefahaman yang baik, kita dapat menangani secara baik dan membina isu-isu rumit yang muncul dan tidak dapat dielakkan apabila kumpulan berlainan hidup bercampur antara satu sama lain," kata Encik Lee.

Beliau memberi contoh laungan azan, di mana masyarakat Islam Singapura memahami keperluan membuat penyesuaian pragmatik mengikut nilai agama dengan menyiarkan azan di radio sebaliknya dan menghidupkan pembesar suara di dalam masjid untuk mengurangkan kesan terhadap penduduk berhampiran, yang ramainya bukan Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg