Premium
'Peranan masyarakat penting bantu famili pesalah dadah'
* Golongan ini perlu sokongan masyarakat, bukan sekadar dihulur bantuan kewangan, kata Amrin di majlis penyampaian cek Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) * Personaliti setempat seperti usahawan Fatimah Mohsin dan Elly Sabrina turut turun padang untuk beri perangsang
Dec 29, 2019 | 5:30 AM
BERAT SAMA DIPIKUL: Personaliti seperti Fatimah Mohsin (kiri) dan pelajar Sota, Izz Muhammad Ahmad (berbaju merah), sedang menghasilkan tembikar bersama anak-anak yang ibu bapa mereka dalam penjara akibat dadah. Turut bersama mereka ialah Encik Amrin Amin dan Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun (paling kanan). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
LEBIH daripada sekadar menerima bantuan kewangan, sokongan dan penglibatan masyarakat penting dalam membantu keluarga pesalah dadah membina keyakinan diri selain keluar daripada kepompong kerumitan yang mereka alami.
Demikian menurut Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.

