Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peranan penting ibu bapa pupuk tabiat membaca di kalangan anak: Masagos

Oct 17, 2022 | 5:30 AM
PUPUK MINAT MEMBACA: Sesi penceritaan semalam di Our Tampines Hub adalah buku yang bertajuk 'The Crane and The Crab', yang ditulis oleh mantan Presiden SR Nathan, dan dibacakan oleh Encik Masagos. - Foto MENDAKI
PUPUK MINAT MEMBACA: Sesi penceritaan semalam di Our Tampines Hub adalah buku yang bertajuk 'The Crane and The Crab', yang ditulis oleh mantan Presiden SR Nathan, dan dibacakan oleh Encik Masagos. - Foto MENDAKI -

IBU bapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat membaca yang baik di kalangan anak-anak mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad..

Ini terutamanya pada tahun-tahun awal mereka sebagai kanak-kanak ketika masih membesar, tambahnya.

"Kebolehan dan minat untuk membaca adalah salah satu sikap dan kebolehan yang sangat penting bagi anak-anak.

"Siapa lagi jika bukan ibu bapa mereka yang membimbing mereka," kata Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam., kepada media semalam sempena acara Amazing Read @ Heartlands di Our Tampines Hub.

Dianjurkan oleh Yayasan Mendaki, acara tersebut bertujuan meningkatkan perkembangan dan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang menarik.

Ini termasuk sesi penceritaan dan juga menawarkan pelbagai aktiviti permainan untuk seisi keluarga yang menghadiri acara itu.

Tajuk buku untuk sesi penceritaan semalam adalah The Crane and The Crab, yang ditulis oleh mantan Presiden SR Nathan, dan dibacakan oleh Encik Masagos.

Acara tersebut adalah kemuncak Pesta Membaca Raikan Ilmu 2022 yang diadakan antara 3 hingga 16 Oktober 2022.

Antara program yang ditawarkan semasa tempoh itu termasuk sesi penceritaan interaktif, maraton membaca dan bengkel membaca untuk golongan ibu bapa.

Turut menghadiri acara semalam adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Melahirkan perasaan gembira dengan jumlah keluarga yang menghadiri acara tersebut, Encik Masagos berkata acara seperti ini penting diadakan untuk terus menitik beratkan sikap membaca yang baik.

Sempena Meraikan Keluarga SG, Encik Masagos turut berkata keluarga harus terus memikirkan bagaimana mereka dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan anggota keluarga.

Menekankan pentingnya peranan seorang bapa, Encik Masagos turus berkata mereka harus melangkah ke hadapan untuk menggalak anak-anak mereka membaca bersama.

"Saya ingin menyeru kepada golongan ibu bapa supaya mereka mengambil berat kegiatan membaca buku bersama anak-anak mereka terutamanya semasa tahun-tahun awal mereka ketika sedang membesar," katanya.

"Jangan hanya lakukannya semasa majlis seperti ini tetapi setiap waktu dan juga setiap peluang yang mereka ada.

"Tidak kiralah ketika berehat di rumah bersama anak-anak, di dalam kereta atau di dalam bas.

"Jika ada masa luang, gunakan masa itu untuk bercerita dan juga membaca bersama anak-anak," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg