KONSEP hidup berumah tangga hari ini sangat berbeza daripada zaman ibu bapa atau datuk dan nenek kita - dengan bapa keluar bekerja mencari rezeki, manakala ibu membuat kerja rumah sambil menjaga dan membesarkan anak.

Disebabkan rata-rata suami dan isteri bekerja sepenuh masa sekarang, pasangan suami isteri yang inginkan rumah tangga bahagia dan berjaya mestilah berkongsi dalam memainkan peranan dan tanggungjawab bersama, terutama apabila mereka mendapat cahaya mata, kata pembimbing kaunselor keluarga, Cik Nafisah Mohd Ma'mun Suheimi.