Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peraturan baru bagi pasangan bawah umur bermula 1 Okt

Mar 8, 2018 | 3:16 PM
PERKAHWINAN BAWAH UMUR: Pasangan bawah umur perlu menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapat izin ibu bapa mulai 1 Oktober ini.
PERKAHWINAN BAWAH UMUR: Pasangan bawah umur perlu menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapat izin ibu bapa mulai 1 Oktober ini. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

LANGKAH yang mewajibkan pasangan bawah umur menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapat izin ibu bapa akan berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga akan meningkatkan kurikulum program persiapan itu, yang akan memberi manfaat kepada sekitar 200 pasangan bawah umur setiap tahun.

Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Parlimen semalam.

Selain itu, pasangan bawah umur juga perlu menyertai bengkel pendidikan rumah tangga tentang topik seperti pengurusan kewangan, komunikasi dan huraian konflik. Malah, ibu bapa digalakkan agar menyertai sesi perundingan serta bengkel tersebut.

Pasangan boleh mendaftar dengan penyedia khidmat yang dilantik - INSPIRASI Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Bukit Batok, dan INSPIRASI Angkatan Karyawan Islam (AMP) di Pasir Ris.

Selepas perkahwinan, mereka boleh menyertai pelbagai program pengayaan di dua pusat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg