Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbahasan belanjawan: Sekolah baru untuk pelajar pelbagai kekurangan upaya

Mar 7, 2022 | 5:51 PM
Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, berkata sekolah itu akan didirikan di barat Singapura.
Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, berkata sekolah itu akan didirikan di barat Singapura. - GOV.SG

SEBUAH sekolah baru untuk kanak-kanak pelbagai kekurangan upaya akan ditubuhkan di barat Singapura di tengah-tengah usaha berterusan sejak beberapa tahun lalu untuk meningkatkan akses kepada sekolah pendidikan khas, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Isnin (7 Mac). Pelajar berumur tujuh hingga 18 tahun dengan sekurang-kurangnya dua ketidakupayaan merentas pelbagai isu deria, kognitif dan fizikal akan dapat mendaftar di sekolah itu. Ia akan ditubuhkan oleh Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) dan Kementerian Pendidikan (MOE). "Pelajar ini mempunyai keperluan yang kompleks yang boleh menjejas pembelajaran dan pergerakan mereka, dan mungkin juga menghadapi cabaran perubatan," kata Cik Sun, sambil menambah bahawa keluarga boleh menjangkakan kerjasama erat antara pendidik pendidikan khas (Sped), karyawan bersekutu dan ibu bapa. Sekolah itu akan membantu mereka yang mempunyai keperluan sokongan sederhana hingga tinggi membangunkan kemahiran vokasional dan keupayaan untuk hidup berdikari, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan berasingan. Ini akan menjadi sekolah Sped kedua yang dibiayai pemerintah yang dikhususkan untuk berkhidmat kepada pelajar dengan pelbagai kekurangan upaya. Sekolah CPAS di Pasir Ris adalah sekolah sedemikian yang pertama. Sekolah Sped adalah untuk kanak-kanak dan golongan muda kurang upaya yang memerlukan kurikulum yang disesuaikan. Terdapat tiga sekolah yang dibiayai bukan pemerintah untuk pelajar pelbagai kekurangan upaya di Singapura: Sekolah AWWA @ Napiri di Hougang, sekolah Rainbow Center Margaret Drive di Queenstown dan sekolah Rainbow Centre Yishun Park.

SEBUAH sekolah baru untuk kanak-kanak pelbagai kekurangan upaya akan ditubuhkan di barat Singapura di tengah-tengah usaha berterusan sejak beberapa tahun lalu untuk meningkatkan akses kepada sekolah pendidikan khas, kata Menteri Negara (Pendidikan), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Isnin (7 Mac).

Pelajar berumur tujuh hingga 18 tahun dengan sekurang-kurangnya dua ketidakupayaan merentas pelbagai isu deria, kognitif dan fizikal akan dapat mendaftar di sekolah itu. Ia akan ditubuhkan oleh Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) dan Kementerian Pendidikan (MOE).

"Pelajar ini mempunyai keperluan yang kompleks yang boleh menjejas pembelajaran dan pergerakan mereka, dan mungkin juga menghadapi cabaran perubatan," kata Cik Sun, sambil menambah bahawa keluarga boleh menjangkakan kerjasama erat antara pendidik pendidikan khas (Sped), karyawan bersekutu dan ibu bapa.

Sekolah itu akan membantu mereka yang mempunyai keperluan sokongan sederhana hingga tinggi membangunkan kemahiran vokasional dan keupayaan untuk hidup berdikari, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan berasingan.

Ini akan menjadi sekolah Sped kedua yang dibiayai pemerintah yang dikhususkan untuk berkhidmat kepada pelajar dengan pelbagai kekurangan upaya. Sekolah CPAS di Pasir Ris adalah sekolah sedemikian yang pertama.

Sekolah Sped adalah untuk kanak-kanak dan golongan muda kurang upaya yang memerlukan kurikulum yang disesuaikan.

Terdapat tiga sekolah yang dibiayai bukan pemerintah untuk pelajar pelbagai kekurangan upaya di Singapura: Sekolah AWWA @ Napiri di Hougang, sekolah Rainbow Center Margaret Drive di Queenstown dan sekolah Rainbow Centre Yishun Park.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg