Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbezaan perancangan kewangan untuk lelaki dan wanita

Ada soalan mengenai pelaburan? Tanya pakar kami, Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid.
Jul 28, 2024 | 5:30 AM
Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid, menjawab soalan tentang perbezaan dari segi perancangan kewangan untuk lelaki dan wanita.
Perancang Kewangan Bertauliah dan Pengarah, Pengurusan Kekayaan (Ekonomi & Strategi Pasaran) Financial Alliance Pte Ltd, Encik Sani Hamid, menjawab soalan tentang perbezaan dari segi perancangan kewangan untuk lelaki dan wanita. - Foto fail

Soalan: Bagaimanakah perancangan kewangan bagi wanita berbeza berbanding lelaki dan apakah faktor yang perlu dipertimbangkan?

Jawapan: Ia sangat bergantung kepada keadaan, sama ada seseorang itu masih belum berumah tangga atau mereka merupakan seorang isteri, ibu dan sebagainya.

Dari segi perancangan kewangan, sebagai wanita, tidak banyak perbezaannya berbanding dengan lelaki.

Perbezaannya ialah sama ada anda masih belum berumah tangga ataupun anda sudah berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda belum berumah tangga, maka pada asasnya, dari segi perancangan harta pusaka, anda perlu melihat kepada komposisi anggota keluarga anda.

Ia bermakna jika anda sudah tiada, adakah wang peninggalan itu akan diberikan kepada ibu bapa anda?

Dalam pada itu, jika ayah anda sudah tiada dan meninggalkan ibu anda sebagai balu, maka pada asasnya ia melibatkan pemindahan wang kepada adik-beradik.

Oleh itu, anda mungkin memerlukan perancangan harta pusaka untuk menangani situasi tersebut.

Begitu juga jika anda sudah berkahwin dan sekali lagi, suami anda dan bapa kepada anak anda sudah tiada.

Jika anda tidak mempunyai anak lelaki yang dapat mengambil alih aset yang ditinggalkan oleh suami anda, ia akan menjejas perancangan kewangan anda kerana anda akan mendapat sebahagian daripada aset yang ditinggalkan. Namun, sebahagian daripadanya mungkin akan beralih kepada adik-beradik suami anda.

Mengenai perbezaan perancangan kewangan, pada pandangan saya, adalah lebih tergantung kepada keadaan yang sedang anda alami.

Sudah tentu, pada asasnya juga, jika si lelaki ialah pencari nafkah tunggal dan bukan seorang wanita, maka ia juga akan menyebabkan perbezaan dalam perancangan kewangan.

Jika anda ada soalan mengenai kewangan dan pelaburan, e-mel kepada atiyyahm@sph.com.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg