Premium
Perbincangan jana idea wujud masa depan selesa
Jan 8, 2016 | 5:57 AM
BERSAMA BERBINCANG: Encik Lawrence Wong (dua dari kiri) dan Encik Masagos Zulkifli (tiga dari kiri) bersama kira-kira 300 peserta malam tadi dalam satu simposium membincangkan tentang masa depan Singapura. - Foto TUKIMAN WARJI -
DUA menteri - Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad - menyertai kira-kira 300 peserta dalam satu simposium bagi memulakan trek perbincangan di bawah siri dialog SGFuture.
Trek perbincangan itu bertajuk 'Sebuah Kediaman Yang Lebih Bersih, Menghijau dan Bijak' (A Cleaner, Greener and Smarter Home).

