Perdamaian terletak pada Myanmar, warganya: Vivian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perdamaian terletak pada Myanmar, warganya: Vivian

Mar 6, 2021 | 5:30 AM

Perdamaian terletak pada Myanmar, warganya: Vivian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
faea5924-18d2-47c0-81f1-88eead27e8c6
-

HANYA Myanmar dan rakyatnya yang boleh mencari perdamaian, serta huraian kepada masalah politik dan kemanusiaan yang melanda negara itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semalam.

Beliau juga menyifatkan langkah angkatan bersenjata yang menggunakan senjata untuk melawan rakyatnya sendiri sebagai satu tindakan yang memalukan bagi mana-mana negara.

Tunjuk perasaan orang awam terhadap rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu telah mengakibatkan pertembungan dengan pasukan keselamatan di serata Myanmar, menyebabkan sekurang-kurangnya 54 yang maut dan lebih 1,000 orang ditangkap.

"Ada batasan sejauh mana tekanan dari luar akan memberi kesan," kata Dr Balakrishnan di Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Leon Perera (GRC Aljunied) mengenai langkah konkrit yang dapat diambil Asean untuk mengatasi pergolakan di Myanmar, setelah ketenteraannya - Tatmadaw - menggulingkan dan menahan pemimpin pemerintah dipilih Cik Aung San Suu Kyi serta anggota parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD).

Dr Balakrishnan berkata: "Ini tidak bermaksud kita menyetujui apa yang mereka lakukan dan bagaimana mereka melakukannya. Dan kita jelas dalam menyatakan tidak setuju. Tetapi marilah kita juga bersikap realistik.

"Akhirnya, hanya rakyat Myanmar, termasuk angkatan bersenjata, Tatmadaw, NLD, dan pelbagai kumpulan etnik - antaranya yang mempunyai tentera bersenjata - hanya mereka yang dapat mencari huraian politik berkesinambungan bagi kepentingan terbaik rakyat mereka."

Kementerian Ehwal Luar (MFA) kelmarin menggesa warga Singapura agar tidak melakukan perjalanan ke Myanmar, dengan situasi yang masih tidak menentu dan mempunyai risiko untuk menjadi lebih teruk.

Dr Balakrishnan semalam berkata warga Singapura yang masih berada di Myanmar harus "mempertimbangkan untuk keluar secepat mungkin melalui cara komersial, sementara penerbangan masih ada".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg