Premium
Perenang atlit kurang upaya kedua raih anugerah
Feb 27, 2016 | 5:30 AM

TAK SANGKA MENANG: Yip Pin Xiu menerima cenderahati daripada Editor Sukan akhbar The Straits Times, Encik Marc Lim (kanan), dan Ketua Pegawai Eksekutif Fraser dan Neave (minuman bukan alkohol), Encik Lee Meng Tat. - Foto TAUFIK A. KADER
RATU renang negara yang memecahkan rekod dunia bagi perlumbaan 50 meter kuak lentang (S2) pada Sukan Para Asean tahun lalu, Yip Pin Xiu, merangkul anugerah Atlit Terbaik anjuran akhbar The Straits Times (ST) yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City semalam.
Beliau menewaskan empat atlit lain yang dicalonkan dalam anugerah tersebut - antaranya Joseph Schooling (renang), Shayna Ng (bowling), Shanti Pereira (atletik) dan Khairul Anwar Kasmani (kapten bola sepak Celebral Palsy).

