Topic followed successfully
Go to BHkuPergas bersama asatizah terjejas dan semua wanita
Pergas bersama asatizah terjejas dan semua wanita
Pergas bersama asatizah terjejas dan semua wanita
GANGGUAN seksual adalah haram di sisi Islam.
Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyatakan kebencian dan tidak pernah membenarkan perbuatan tersebut.
Kami terkejut dengan tindakan sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam menjadikan wanita sebagai objek dan perbincangan seksual.
Mereka bukan hanya menyiarkan foto asatizah wanita dengan alasan yang salah, malah mereka juga telah memainkan peranan dengan menjalankan undian dan mendorong orang lain kepada perbuatan keji tersebut.
Para pelaku ini boleh dimasukkan dalam golongan yang disebutkan oleh Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat ke 79:
"Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."
Mereka tidak melarang satu sama lain daripada melakukan kejahatan.
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang telah mereka lakukan.
Perbuatan ini juga bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Islam agar mengajak kepada kebaikan dan melarang kejahatan.
Seperti Firman Allah swt: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah manusia, dan menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada melakukan perbuatan buruk serta kamu beriman kepada Allah."
Wanita tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan objek seksual. Mereka mesti dihormati dan dilindungi.
Nabi Muhammad saw yang kita sayangi dalam banyak hadisnya, menekankan pentingnya berbuat baik kepada wanita dan berbaik-baik antara satu sama lain.
Seperti sabdanya: Tidak ada di antara kamu yang percaya sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dia sayangi untuk dirinya sendiri.
Pergas berdiri dengan semua asatizah yang terjejas dan semua wanita yang diganggu dan didera secara seksual. Kami menggesa agar dihentikan perbuatan berdosa ini.
Sekiranya anda mengenali orang-orang yang menjadi dalang di sebalik insiden ini, mintalah agar mereka berhenti, tampil meminta maaf dan ditangani dengan cara yang sah dari segi undang-undang.
Sekiranya anda menjadi mangsa, atau mengenali seseorang yang menjadi mangsa, hubungilah kami.
Pergas akan membantu menyelesaikan perkara ini dan memberikan bantuan yang mungkin.
Hubungi kami di 6346-9350 atau e-mel info@pergas.org.sg.
Kami bersama anda.
- Penulis Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pergas.

