Topik diikuti
Pergi ke BHkuPergas sambut baik ARS jadi mandatori
Pergas sambut baik ARS jadi mandatori
Pergas sambut baik ARS jadi mandatori

-
Aug 23, 2016 | 5:30 AM
PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyambut baik pengumuman bagi menjadikan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) mandatori dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang wajar, positif dan sangat penting.
Dalam satu kenyataan semalam, Pergas berkata ia sentiasa mengalu-alukan sebarang inisiatif bagi memperkasa skim tersebut supaya lebih ramai asatizah dapat menyertainya dan meraih manfaat daripada skim itu, terutama dari sudut pembangunan kapasiti asatizah sebagai guru agama.