Masagos: Pembersihan Sungai Singapura contoh tangani isu sekitaran
Premium
Masagos: Pembersihan Sungai Singapura contoh tangani isu sekitaran
Dec 6, 2017 | 5:30 AM

ENCIK MASAGOS ZULKIFLI: Berucap di Perhimpunan Peringkat Tinggi PBB bagi Sekitaran di Nairobi, Kenya. Beliau juga memuji inisiatif kumpulan masyarakat menjaga kebersihan sekitaran. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI -
PENDEKATAN Singapura terhadap pembangunan mampan boleh digambarkan dengan keadaan Sungai Singapura - yang telah diubah daripada dilihat sebagai "pembetung terbuka" dalam 1970-an kepada pemandangan air bersih dan indah, tempat riadah dan sumber air minuman, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.
Beliau, yang bercakap di Perhimpunan Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Sekitaran (UNEA-3) di Nairobi, Kenya, berkata:

