Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Periksa tahap kesesakan pusat beli-belah sebelum keluar beli barangan keperluan

Apr 5, 2020 | 3:43 PM
PERIKSA SEBELUM KELUAR: Laman Space Out yang dilancarkan URA membolehkan orang ramai memeriksa tahap kesesakan di 50 pusat membeli-belah serata Singapura.
PERIKSA SEBELUM KELUAR: Laman Space Out yang dilancarkan URA membolehkan orang ramai memeriksa tahap kesesakan di 50 pusat membeli-belah serata Singapura. - - Foto URA

ORANG ramai yang ingin keluar untuk membeli barangan keperluan boleh memeriksa dahulu tahap kesesakan di pusat beli-belah sebelum keluar rumah.

Sebuah laman web baru, Space Out, memberi kod warna bagi pusat beli-belah mengikut tahap kesesakan pada sesuatu masa, untuk membantu orang ramai memastikan jarak selamat semasa penularan koronavirus Covid-19.

Dilancarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), laman web itu memberi perkembangan terkini kepada pengguna berdasarkan data daripada 50 pusat beli-belah.

URA sedang berusaha untuk mendapatkan penyertaan lebih ramai pengendali pusat beli-belah.

Orang ramai boleh mengunjungi laman itu di www.spaceout.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg