Perit tunggu 20 tahun rumah dibina semula, kini rumit pula nak jual...
Premium
Perit tunggu 20 tahun rumah dibina semula, kini rumit pula nak jual...
Jan 12, 2014 | 6:00 AM

PERNAH TIMBULKAN MASALAH: Laporan akhbar The Sunday Times bertarikh Mei 2007 ini menunjukkan pelbagai masalah yang dihadapi para pembeli kondominium Anjung Seri di Johor Bahru. -
SERAMAI 37 warga Singapura telah membeli hartanah mewah di Masai, Johor Bahru, bagi pelaburan untuk meniti hari persaraan.
Pelabur yang berbelanja RM150,000 ($58,140) hingga RM400,000 bagi Kondominium Anjung Seri, Bandar Seri Alam, Masai, terpaksa gigit jari setelah projek yang dimulakan pada 1996 itu terbengkalai dan apabila berpindah masuk rumah mereka ditimpa pelbagai masalah termasuk dipecah masuk pencuri pada Disember 2005.

