PENUMPANG kereta api boleh melakukan perjalanan secara percuma antara 11 stesen MRT baru di peringkat ketiga Laluan Thomson-East Coast (TEL) antara 10 pagi dan 9 malam hari ini.
Kereta api akan berjalan dalam gelung terpencil antara stesen MRT Stevens dan stesen MRT Gardens by the Bay sebagai sebahagian daripada previu peringkat ketiga laluan kereta api yang akan mulakan perkhidmatan pada hari Ahad.
Dengan pembukaan TEL Peringkat 3 (TEL3), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia akan memantau perubahan dalam corak perjalanan, terutama untuk perkhidmatan bas yang menduplikasi laluan laluan MRT.
LTA membayangkan kemungkinan dalam tempoh jangka panjang bagi memendekkan atau menukar semula perjalanan perkhidmatan bas yang berjalan selari dengan TEL, dan berkata ia akan membuat penyesuaian jika perlu untuk mengoptimumkan rangkaian bas dan mengagihkan semula sumber ke kawasan lain yang memerlukan.
Perkhidmatan bas seperti 162, 167 dan 75 kini berjalan selari beberapa bahagian laluan TEL3.
Pada 2020, LTA terpaksa menukar beberapa perubahan yang dirancangnya kepada perkhidmatan bas di Bukit Panjang selepas lebih 5,000 penduduk tanda tangan tiga petisyen dan rancangan itu juga dikritik Anggota Parlimen Bukit Panjang Encik Liang Eng Hwa.
Pihak berkuasa berkata penurunan penumpang bas selepas perasmian Laluan Downtown (DTL) pada 2015 sebagai sebab perubahan yang dirancang.
Pada Disember 2021, perkhidmatan bas 22, 66 dan 506 turut dipendekkan disebabkan penurunan penumpang yang berterusan berikutan pembukaan DTL Peringkat 3 pada 2017.
Menjawab kebimbangan yang dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja Encik Gerald Giam pada Mac lalu, Menteri Negara Kanan Kewangan dan Pengangkutan Encik Chee Hong Tat berkata langkah itu akan menjimatkan $9.5 juta dalam subsidi setahun.
Untuk previu esok, penumpang boleh memulakan dan menamatkan perjalanan mereka di mana-mana daripada 11 stesen TEL3 untuk perjalanan percuma.
Tetapi bagi penumpang yang berhasrat mengakses laluan rel baru dari laluan MRT sedia ada, termasuk seluruh TEL dari Woodlands North ke Caldecott, mereka mesti terlebih dahulu keluar dan menggunakan laluan pautan masing-masing untuk memasuki stesen baru.
Bagi mereka yang melakukan perjalanan antara Caldecott dan Stevens, bas ulang-alik percuma akan disediakan antara dua stesen TEL pada selang 10 minit.
Pelbagi aktiviti akan diadakan esok untuk menandakan pembukaan TEL3, termasuk permainan digital yang mengasyikkan yang boleh dimainkan di semua 11 stesen baru, dan pameran foto di stesen Orchard.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg