Premium
Perjanjian bersejarah rel SG-KL
Dec 14, 2016 | 5:30 AM
METERAI PERJANJIAN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong (barisan belakang dua dari kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (barisan belakang tiga dari kiri), bersama menyaksikan pertukaran dokumen selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Dua Hala Khidmat Rel Laju (HSR) antara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan (di hadapan kanan), dengan Menteri Penyelaras Prasarana yang juga Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan (di hadapan kiri), di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean (kiri), dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (di belakang kanan). - Foto THE STRAITS TIMES -
DARI PUTRAJAYA, MALAYSIA: SINGAPURA dan Malaysia maju setapak ke arah hubungan dua hala yang lebih erat dengan pemeteraian perjanjian bersejarah mengenai khidmat rel laju (HSR) Singapura-Kuala Lumpur, yang antara lain membutirkan pembinaan prasarana, jadual pelaksanaan dan rangka pengendalian projek mega itu.
Antara yang tersenarai dalam perjanjian itu ialah pembinaan sebuah jambatan baru merentasi Selat Johor bagi menampung laluan HSR. Ada juga rancangan membentuk syarikat berasingan bagi mengendalikan prasarana, aset rel, khidmat rel ekspres antarabangsa dan khidmat rel domestik di Malaysia.

