Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerjanjian jalin kerjasama dimeterai
Jul 28, 2018 | 5:30 AM
Perjanjian jalin kerjasama dimeterai
MENTERI Pendidikan, Encik Ong Ye Kung (berdiri), hadir menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) bagi melancarkan Universiti Kemahiran SAP Singapura dalam satu majlis yang berlangsung di Mapletree Business City di Pasir Panjang semalam.
Perjanjian itu ditandatangani oleh wakil daripada syarikat pembuat sofwe dari Jerman, SAP SE serta SkillsFuture Singapura (SSG) dan lima politeknik di sini - Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republic, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.