TERMA beberapa perjanjian kolektif (CA) antara SBS Transit (SBST) dengan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) tidak melanggar Akta Pekerjaan, namun bahasa yang digunakan boleh dijadikan lebih jelas demi mengelakkan kekeliruan.

Presiden Mahkamah Timbang Tara Perusahaan (IAC), Hakim Chan Seng Onn, mengeluarkan keputusan bertulis semalam yang membentangkan tafsirannya bagi CA tersebut, lapor The Straits Times.