Bak cerminan kemajuan kota Singa sejak mendakap kemerdekaan lima dekad lalu, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kian menjadi perayaan gilang-gemilang. Sempena ulang tahun Jubli Emas Singapura, BERITA HARIAN menyelongkar arkib mencari gambar kenangan NDP sejak diadakan pada 1966.