Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Perjuangan yang tidak sia-sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjuangan yang tidak sia-sia

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Perjuangannya masih panjang, namun bagi Cik Nur Zahratul Humaira Hilmi, 20 tahun, yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir, peluang belajar di universiti Islam yang berprestasi itu adalah satu pengalaman yang berharga dan tidak akan disia-siakan.

Ketika baru tiba di Mesir, perasaannya berbaur antara ghairah dengan risau. Apatah lagi, beliau belum biasa dengan bahasa Arab Mesir yang berbeza dengan bahasa Arab yang dipelajari di peringkat Diploma di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah sebelum ini. Mengimbau detik permulaannya, Cik Zahratul, salah seorang penerima Biasiswa Syed Isa Semait (SISS) pada tahun 2022, berkata:

“Antara kesukaran yang saya hadapi ialah membiasakan diri dengan bahasa (Arab) Mesir tetapi saya atasi dengan menghadiri kelas dalam talian. Selain itu, saya mula berkawan dengan rakan sekelas dari Mesir dan dapat belajar daripada mereka melalui interaksi harian.”

Cik Zahratul, yang menuntut jurusan Usuluddin, berpeluang mengalami budaya dan suasana baru sambil menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di sana. Beliau mula mengadakan rutin dan memperuntukkan masa tertentu untuk belajar.

“Selain itu, saya gunakan sumber sedia ada seperti rangkaian sokongan yang disediakan rakan-rakan sekelas di Mesir dan mendapatkan penjelasan dan bimbingan daripada profesor-profesor saya,” kata Cik Zahratul.

Menurut Cik Zahratul, beliau memohon SISS kerana bantuan kewangan yang disediakan biasiswa itu merangkumi hampir semua aspek perbelanjaan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran serta pelbagai program pembangunan yang ditawarkan.

“Kita berpeluang berkenalan dengan ramai profesional termasuk cendekiawan dari negara lain. Ia benar-benar membantu saya meningkatkan kemahiran saya. Akhir sekali, matlamat biasiswa ini ialah untuk memupuk (golongan) cerdik-pandai, yang bertekad dan bersedia untuk berbakti kepada masyarakat, dan saya ingin jadi seperti itu,” katanya lagi.

Cik Zahratul juga merasakan beliau mendapat banyak sokongan dan bantuan daripada pihak pentadbir SISS. Katanya:

“Mereka lakarkan program yang sesuai dan menepati keperluan kami bagi menyiapkan diri untuk masa hadapan.”

Antara program pembangunan yang disediakan untuk penerima SISS termasuk penyertaan dalam Persidangan Fatwa anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada awal bulan lalu (Feb 2024).

Bagi Cik Zahratul, pengalaman menyertai persidangan yang membincangkan topik, ‘Fatwa dalam Masyarakat Kontemporari’, membuka mata beliau.

“Saya dapat melihat bahawa meskipun masyarakat Islam merupakan golongan minoriti di sini, namun kami masih mampu menyumbang kepada masyarakat Singapura yang lebih luas dan juga kepada masyarakat Islam sejagat,” jelasnya, yang lebih berazam untuk menjadi seperti golongan alim ulama yang ditemui di persidangan itu.

Tambahnya, beliau melihat peluang yang telah diberikan kepadanya sebagai “satu tanggungjawab yang mulia, oleh itu ia sesuatu yang berat dan bukan mudah.”

Untuk memastikan beliau kekal teguh dalam usahanya, Cik Zahratul berpegang kepada kata-kata, ‘perjuangan ini tidak sia-sia’.

“Keadaan boleh jadi sukar dan kadangkala untuk diri saya sendiri, saya rasa ingin menyerah. Tapi bila saya lihat kata-kata itu di tembok bilik saya setiap hari, saya tahu dan yakin, kepayahan yang dilalui bukan percuma tapi penuh makna,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >