Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perkasa fasilitator KelasMateMatika Mendaki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkasa fasilitator KelasMateMatika Mendaki

Dec 31, 2023 | 05:31 AM



Lebih 20 tahun menjadikan Mendaki sebagai wadah penyampaian ilmu, Encik Mohamed Said Kemat, 58 tahun, berperanan melonjakkan potensi fasilitator dengan melahirkan lebih ramai fasilitator berkualiti dalam KelasMateMatika (KMM).

Beliau sudah berjinak-jinak dalam program Mendaki sejak 2010 lagi, apabila beliau mula dilantik menjadi tenaga pelatih KMM, yang sebelum ini dikenali sebagai Maju Minda Matematika (Tiga M).

Sumbangan Encik Said sangat ketara dalam usaha mempersiapkan fasilitator KMM sehingga idea kepakaran beliau turut dipaparkan di akaun Instagram @ReadySetLearn.mendakisg.

Ketika diminta berkongsi tanggungjawab beliau dalam KMM dengan lebih lanjut, Encik Said menerangkan:

“Saya banyak mengendalikan program mentor dan sesi perkongsian bersama fasilitator baru bagi membuka peluang kepada mereka untuk mengukuhkan industri pendidikan dalam KMM.

“Selain itu, saya turut ditugaskan sebagai anggota pasukan awal fasilitator KMM dalam membentuk pengalaman pembelajaran dalam talian, sebelum bermulanya kegiatan dalam talian menerusi Zoom.”

Sentiasa bersemangat tinggi, Encik Said juga menjelaskan bahawa keazaman beliau dalam mencurah ilmu pengetahuan juga terhasil daripada dorongan masyarakat.

“Setiap kali mendengar maklum balas atau lebih tepatnya, ‘suara ikhlas’ yang diterima daripada ibu bapa, ia mendatangkan satu kepuasan peribadi buat saya.

“Kata-kata yang dizahirkan melalui tulisan atau ucapan mereka telah membuktikan keberkesanan kaedah yang diajar.

“Oleh itu, ia menggalak saya agar terus berbakti dalam program ini,” ujarnya.

Encik Said seterusnya berkongsi harapan dan aspirasi beliau agar lebih ramai fasilitator menyertai program pendidikan ini, yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau memberitahu:

“Saya berharap lebih ramai fasilitator mapan akan menyertai program ini kerana mereka memiliki kepakaran dan pengalaman hidup luas untuk dikongsikan kepada ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak prasekolah.

“Kepada fasilitator yang lebih muda, penyertaan anda juga sangat berguna, terutamanya apabila anda mempunyai anak sendiri.

“Pada masa yang sama, anda boleh belajar sesuatu yang besar di sini. Allah swt telah kurniakan ilmu kepada anda. Justeru, kongsikan dan jadikan ilmu ini sebagai manfaat kepada ibu bapa, anak-anak dan generasi akan datang!”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >