Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perkasa khidmat haji ‘cara lama’ dengan cemerlang

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Sekumpulan jemaah Sha Travel & Tours semasa bergambar di Jabal Uhud, Madinah, pada 2024.
Sekumpulan jemaah Sha Travel & Tours semasa bergambar di Jabal Uhud, Madinah, pada 2024. - Foto SHA TRAVEL AND TOUR PTE LTD

Menyediakan khidmat haji yang sempurna sesuai dengan sunah Rasul dan memberikan khidmat umrah ‘old skool’, atau  pendekatan dan kaedah lama, seperti yang telah dilakukan sebelumnya – itulah pendekatan syarikat Sha Travel & Tour Pte Ltd buat jemaahnya.

Menghurai lanjut, pengarahnya, Cik Siti Faridahanim Hashim, berkata:

‘‘Untuk pakej haji, kami akan mengusahakan perjalanan yang sempurna, sesuai dengan sunah Rasul, yang dipimpin sehingga selesai dan jemaah dapat menunaikan rukun Islam kelima sebaik mungkin, insya-Allah.

‘‘Untuk khidmat umrah pula, kami masih mempertahankan umrah ‘old skool’ dengan memberi perhatian kepada kesempurnaan umrah yang dilakukan, terutama untuk jemaah yang kali pertama melakukannya dan waktu mereka di sana agak singkat. Bagaimanapun, kita merancang, tetapi sebaik-baik perancang ialah Allah swt.’’

Menurutnya, khidmat haji Sha Travel pada 2025 terbahagi kepada dua iaitu Ukhuwah Standard dari 2 Jun hingga 25 Jun dan Ukhuwah Short dari 2 Jun hingga 18 Jun.

Berkenaan harga pula, pakej umrah bergantung pada berapa hari pakejnya dan bermula daripada $3,990 hingga $5,350 dan juga sama ada umrah sahaja ataupun termasuk lawatan ke destinasi lain. Pakej haji pendek tanpa tambang penerbangan pesawat ialah $16,795 dan standard $18,845.

Beliau juga memberitahu Berita Harian (BH) bahawa bagi memberi pengalaman tambahan kepada jemaah, mereka akan dibawa berkunjung ke muzium-muzium yang kian banyak dibuka di sana. Dengan demikian, mereka dapat mendalami lagi sirah Islam.

‘‘Tetapi, kami juga memberi mereka kebebasan jika mereka ingin menambah ziarah mereka semasa berada di sana, umpamanya ziarah ke kawasan Thaif dan Badar,’’ tambahnya.

Mengenai pengangkutan pula, katanya, oleh sebab banyak permintaan daripada jemaah untuk menaiki kereta api laju di sana, khidmat itu diterapkan ke dalam pakej. Berkaitan lawatan ke negara lain, khasnya untuk pakej umrah pula, pakej yang popular ialah khidmat ‘Umrah Plus’ iaitu lawatan lanjut selepas umrah ke Turkey dan Dubai.

‘‘Cuma agak sedih kerana ‘Umrah Plus’ Amman dan Aqsa terpaksa kami hentikan sementara kerana keadaan di sana pada masa ini. Kami berharap dapat meneruskan kembali dalam masa terdekat, insya-Allah,’’ katanya.

Menyentuh tentang penginapan pula, Cik Siti Faridahanim berkata:

‘‘Kami pastikan beberapa perkara diambil kira antaranya, jarak penginapan. Kami pastikan jemaah tidak perlu menyeberang jalan dan ia terletak berhadapan masjid baik di Makkah mahupun di Madinah kerana inilah soalan pertama yang selalu ditanya jemaah.

‘‘Kami juga menyediakan atur cara yang tidak terlalu padat supaya jemaah ada ruang dan masa cukup untuk melakukan kegiatan sendiri kerana setiap jemaah pasti ada niat sendiri semasa berada di tanah suci. Pakej kami juga meliputi tiga kali makan. Setiap keberangkatan kami pula dihadkan kepada 25 hingga 30 orang sahaja supaya terkawal dan mereka akan diiringi oleh pegawai dari awal hingga akhir pakej,’’ tambahnya.

Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 6295-1271 atau WhatsApp ke talian 9034-4220. Lungsuri laman www.shatravel.com

Sha Travel & Tour terletak di 390 Victoria St, #02-43 Golden Landmark, Singapura 18806. Waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat, 11.30 pagi hingga 5 petang. Pejabat ditutup pada Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg