Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perkasa pelajar melalui keperibadian murni; kongsi fadilat ibadah korban

Jul 19, 2024 | 5:30 AM
Ustaz Abdur Rahman (kiri) menerangkan kepada pelajar di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah cara dan adab pengagihan daging korban kepada penerima yang layak.  
Ustaz Abdur Rahman (kiri) menerangkan kepada pelajar di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah cara dan adab pengagihan daging korban kepada penerima yang layak.   - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

USTAZ ABDUR RAHMAN LATIFF   

Terus memupuk sifat terpuji dan membantu mereka yang memerlukan. Itulah sebahagian daripada keperibadian murni program Nilai dalam Tindakan, atau VIA, bagi pelajar Menengah 3 di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI).

Program Nilai dalam Tindakan itu mendedahkan pelajar Menengah 3 dengan pengalaman berkhidmat kepada orang ramai dan mengamalkan apa yang telah dipelajari.

Program itu berlangsung pada 2 Julai, dan pelajar telah mengagihkan daging korban kepada beberapa penghuni rumah sewa di Lorong 7 Toa Payoh.

Pelajar turut berkesempatan memberikan keterangan tentang kepentingan Hari Raya Haji serta tuntutan menjalankan ibadah korban.

“Bukan daging dan darah mereka yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah takwa (rasa ketaatan) pada pihak kamu. Demikianlah Dia telah menundukkan mereka (binatang-binatang) untukmu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikan-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang baik amalnya”. (Surah Al-Hajj: 37).

Kegiatan itu juga merupakan sebahagian daripada program persiapan Rahmatan Lil Alamin Antarabangsa (IRLA) yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah untuk pelajar Menengah 3.

Program itu merupakan sebahagian daripada pembangunan holistik pelajar dalam usaha menjadi duta Muslim yang baik ke seluruh dunia.

Ini termaktub dalam visi Madrasah Al-Arabiah dengan terus teguh membentuk pelajar yang mampu menyebarkan rahmah kepada semua.

Pada 2024, MAI merancang membawa kembali program IRLA yang memberi peluang kepada pelajar menabur khidmat mereka kepada masyarakat yang memerlukan di luar negara.

Guru Bahasa Inggeris di Madrasah Al-Arabiah, Cik Heryati Abdul Ghaffar, mengulas tentang pengalaman beliau:

“Sebagai guru baru di MAI pastinya ini merupakan suatu pengalaman yang sangat memberi kesan dan tidak dapat dilupakan.

“Kesungguhan pelajar dan kakitangan madrasah yang terlibat dapat dilihat melalui semangat dan rasa tanggungjawab.

“Hal ini dapat memberi peluang memupuk semangat kemasyarakatan dan memahami kepentingan berbakti kepada masyarakat.

“Berdasarkan semangat pengorbanan ini (kegiatan korban) saya menekankan kepada pelajar kami, nilai agar tidak mementingkan diri sendiri dan mempamerkan sifat belas kasihan dalam kapasiti peribadi saya sebagai pendidik.

“Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada pelajar saya supaya mereka dapat meninggalkan impak yang positif kepada masyarakat kita secara amnya.”

Pelajar Menengah 3 Zahrawi, Insyirah Abdul Aziz, berkata:

”Sebagai salah seorang peserta program ini, saya dapati ia telah menimbulkan rasa empati apabila melihat keadaan kehidupan penerima bantuan (korban) tersebut.

“Perasaan empati dan penghargaan juga dapat dirasakan apabila saya membandingkan gaya hidup saya sendiri dan sebaik sahaja mendengar bagaimana penerima memanfaatkan daging korban tersebut. Saya percaya daging itu akan menggembirakan hati penerima dan begitu juga pemberi itu sendiri.”

Memang penting bagi pelajar menggunakan pengetahuan mereka supaya dapat menyerap nilai-nilai penting dan terpuji ini seperti empati, belas kasihan dan memberi harapan kepada orang lain di sekeliling mereka.

Rasulullah saw bersabda: “Orang yang paling dicintai oleh Allah swt ialah orang yang paling memberi manfaat kepada manusia, dan amalan yang paling dicintai oleh Allah swt ialah kegembiraan yang kamu bawa kepada seorang Muslim, atau meringankan kesusahannya, atau membayar hutang untuknya, atau mengusir kelaparan daripadanya.”

Semoga Allah swt menjadikan usaha yang bermakna ini suatu kebaikan dan cahaya petunjuk serta harapan kepada semua orang di sekeliling kita. Moga ketakwaan, tujuan hakiki korban itu tercapai dengan keikhlasan hati yang merendahkan diri, dan sedia berkhidmat kepada masyarakat seluruhnya.

Bangunan Madrasah Al-Arabiah di Lorong 6 Toa Payoh kini berusia lima tahun.

Pihak madrasah mengharapkan sokongan masyarakat agar membantu mengekalkan kampus itu dalam keadaan baik, demi menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dan selamat bagi pelajar kami. Terima kasih kerana terus bersama kami mengukuhkan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.

HULUR BANTUAN

Cara menyokong MAI:

1. Kirimkan cek atas nama ‘Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah’. Tuliskan nama dan nombor telefon di belakang cek untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-10703-2001. Kirimkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke admin@mai.sg untuk madrasah sampaikan salinan resit derma.

3. Derma di kaunter madrasah di 3 Lorong 6, Toa Payoh, Singapura 319378.

4. PayNow di aplikasi perbankan menggunakan Nombor UEN T08GB0028LMAI.

5. Hubungi talian 6744-4749 atau WhatsApp ke talian 8474-7000 untuk pengambilan derma dari rumah.

6. Imbas kod QR untuk derma ikhlas anda.

* Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman, www.mai.edu.sg

Penulis merupakan Penolong Ketua Jabatan, Pengajian Islam & Bahasa Arab di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg