Topic followed successfully
Go to BHkuPerkhidmatan bas terjejas ekoran NDP
Perkhidmatan bas terjejas ekoran NDP
Aug 5, 2022 | 4:36 PM
Perkhidmatan bas terjejas ekoran NDP
- Foto: SPH
Sebanyak 15 perkhidmatan bas SBS Transit akan terjejas dek penutupan jalan raya sempena Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada Selasa ini (9 Ogos), mulai 7.30 pagi hingga akhir perkhidmatan.
Perkhidmatan yang terjejas: 10, 14, 16, 56, 57, 70M, 100, 111, 130, 131, 133, 162M, 195, 196 dan 502 akan dialihkan perjalanan ke laluan alternatif dan mengelakkan perhentian di sepanjang Bayfront Avenue, Beach Road dan yang berada dalam kawasan sivik.

