Premium
'Perkukuh hubungan agama perlu usaha berterusan'
Jun 18, 2019 | 5:30 AM
KONGSI PENGETAHUAN: Imam Masjid Ba'alwie, Habib Syed Hassan Al-Attas (kiri) menunjukkan artifak dunia Islam yang dipamerkan di masjid itu kepada Master Hsin Tao (baju merah) dan tetamu lain. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
MEMPERKUKUH hubungan antara agama di Singapura memerlukan usaha berterusan bagi berbilang kumpulan di setiap peringkat masyarakat.
Malah, keupayaan Singapura dalam usaha membina hubungan antara agama telah dipupuk sejak ia merdeka, kata presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Encik Mohammad Alami Musa.

