Perkukuh identiti negara, bangun masyarakat bersatu padu dan penyayang
Premium
Perkukuh identiti negara, bangun masyarakat bersatu padu dan penyayang
Jan 23, 2016 | 5:30 AM
GALAK SEMANGAT MEMBERI: Sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan masyarakat Singapura, MCCY akan menggalakkan semangat suka memberi sama ada tenaga atau wang bermula daripada peringkat belia. - Foto fail -
KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan meningkatkan usaha mendekati masyarakat dan belia, sambil terus membangunkan landskap sukan, warisan dan seni yang bertenaga.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, dalam adendumnya kepada ucapan Presiden, berkata MCCY akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan identiti negara dan membangunkan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.

