Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlindungan MediShield Hayat bagi khidmat barah ditambah dari 1 April

Mar 4, 2023 | 5:15 PM
LEBIH PERLINDUNGAN: Dalam kenyataannya pada 4 Mac 2023, MOH berkata had tuntutan MediShield Hayat bagi khidmat rawatan barah akan dinaikkan daripada $1,200 setahun sekarang kepada $3,600 setahun mulai 1 April 2023.
LEBIH PERLINDUNGAN: Dalam kenyataannya pada 4 Mac 2023, MOH berkata had tuntutan MediShield Hayat bagi khidmat rawatan barah akan dinaikkan daripada $1,200 setahun sekarang kepada $3,600 setahun mulai 1 April 2023. - Foto SPH

PESAKIT barah bersubsidi akan mendapat perlindungan insurans lebih tinggi bagi khidmat rawatan barah mulai 1 April menyusuli satu semakan yang telah dijalankan.

Ini kerana had tuntutan MediShield Hayat bagi khidmat rawatan barah itu akan ditambah daripada $1,200 setahun sekarang kepada $3,600 setahun mulai 1 April, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (4 Mac).

Sejak September 2022, tuntutan bagi rawatan barah daripada MediShield Hayat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu bagi ubat dan perkhidmatan.

Pesakit boleh mendapat perlindungan insurans antara $200 dengan $9,600 sebulan bagi satu ubat barah.

Tiada perlindungan ditawar bagi ubat barah kedua dan yang seterusnya.

Tuntutan bagi khidmat rawatan barah - termasuk bagi bayaran berjumpa dengan doktor, ujian dan ubat penyokong seperti untuk menangani rasa loya disebabkan rawatan - dihadkan pada $1,200 setahun.

Namun, MOH berkata had ini akan dinaikkan kepada $3,600 setahun mulai 1 April.

Tambahnya, tiada perubahan kepada had pengeluaran sebanyak $600 setahun daripada MediSave bagi khidmat rawatan barah.

Mengulas tentang langkah menaikkan had tuntutan bagi khidmat rawatan barah itu di laman Facebook beliau, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata:

"Seperti banyak perubahan dasar lain, langkah terkini berhubung ubat barah ini bertujuan memastikan rawatan dimampui.

"Namun, ini memerlukan sokongan pihak berkepentingan dan maklum balas seperti ini yang boleh membantu kami mempertingkat dan memperkemas dasarnya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg