Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlu ada ekosistem sokongan kukuh untuk ibu bapa dengan anak kecil

Apr 19, 2023 | 5:30 AM
USAHA BERSAMA: Lebih sokongan dapat diberikan kepada ibu bapa dengan kanak-kanak kecil. - Foto fail
USAHA BERSAMA: Lebih sokongan dapat diberikan kepada ibu bapa dengan kanak-kanak kecil. - Foto fail -

RAKAN ibu bapa, majikan dan masyarakat dapat menyingsing lengan dalam menyokong ibu bapa dengan kanak-kanak kecil, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.

Malah, ia adalah penting untuk mempunyai ekosistem sokongan yang kukuh untuk ibu bapa ini supaya mereka dapat memiliki perjalanan keibubapaan yang memuaskan, katanya lagi.

Cik Gan berkata demikian dalam perbahasan ucapan Presiden di Parlimen pada Selasa.

Beliau menambah:

"Saya percaya kanak-kanak lebih berkemungkinan membesar dengan sihat dan gembira sekiranya ibu bapa dibimbing dan disokong dengan baik."

Cik Gan memberi cadangan bagaimana tiga kumpulan sokongan dapat membantu golongan ibu bapa ini.

Pertama adalah sokongan daripada rakan ibu bapa.

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (PSG) di semua sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) memainkan peranan dalam menjadi sumber sokongan bagi ibu bapa, kata Cik Gan.

"Kebanyakan PSG kita diketuai relawan ibu bapa yang berpengalaman dalam keibubapaan yang berkhidmat sebagai sumber dan penyokong rakan sebaya kepada rakan ibu bapa," katanya lagi.

"Saya menggalak ibu bapa untuk menyumbang kepada PSG atau mengambil bahagian dalam kegiatan yang dianjurkan PSG."

PSG juga boleh mempelajari daripada satu sama lain dengan memanfaatkan Rangkaian Sokongan PSG yang dibangunkan MOE, tambah Cik Gan.

Rangkaian itu adalah komuniti untuk PSG tampil bersama menyokong ibu bapa memupuk kanak-kanak yang berdaya tahan dan yakin.

Kedua, ibu bapa muda boleh disokong oleh majikan mereka.

Cik Gan menggalak majikan untuk membentuk tempat kerja yang menyokong pekerja dengan kanak-kanak.

Ini termasuk mengadakan pengaturan kerja fleksibel.

Mulai 2024, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Rakan Kongsi Tiga Pihak akan memperkenal garis panduan yang akan memerlukan majikan mempertimbang permintaan atau aturan kerja yang fleksibel secara adil dan dengan betul.

Beliau berkata:

"Pada akhirnya, kejayaan pelaksanaan aturan kerja yang fleksibel memerlukan kepercayaan antara majikan dengan pekerja, serta dalam kalangan rakan sekerja di tempat kerja.

"Selain bos yang memahami, budaya tempat kerja yang menyokong adalah penting untuk membolehkan ibu bapa bekerja mencapai keharmonian kerja-kehidupan yang lebih baik."

Cuti bapa dibiayai pemerintah akan digandakan kepada empat minggu, dan cuti penjagaan bayi tanpa gaji akan dinaikkan dari enam ke 12 hari bagi setiap ibu bapa juga dikuat kuasa mulai 2024.

Masyarakat juga boleh membuat perubahan dalam menyokong ibu bapa, menurut Cik Gan.

Inisiatif seperti rangkaian kesejahteraan mental, program bimbingan, tuisyen percuma, pengedaran barangan runcit, dan rehat untuk pengasuh adalah contoh bagaimana masyarakat dapat membantu keluarga susah.

"Kita perlu berbuat lebih banyak untuk menyokong keluarga, terutama yang mempunyai anak kecil, ibu bapa yang sudah tua dan berdepan keadaan mencabar.

"Rakan ibu bapa, majikan, rakan sekerja dan masyarakat juga boleh memainkan peranan, untuk menjadikan keibubapaan lebih menggembirakan dan memuaskan untuk semua," tambah Cik Gan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg