Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlu bayar bagi beg plastik di kebanyakan pasar raya mulai 3 Julai

Mar 2, 2023 | 7:50 PM
Dr Amy Khor
Dr Amy Khor - MCI

PEMBELI di sini tidak lama lagi perlu membayar lebih untuk menggunakan beg plastik, dengan kebanyakan pasar raya bakal mengenakan bayaran sekurang-kurangnya 5 sen bagi setiap beg mulai 3 Julai. Langkah itu, yang merupakan sebahagian usaha mahu mengurangkan penggunaan barang pakai buang di Singapura, seiring dengan usaha untuk meningkatkan amalan kitar semula di Singapura. Sekitar 400 pasar raya utama - atau dua pertiga daripada semua cawangan di sini - akan mengenakan bayaran bagi beg beli-belah pakai buang. Mereka termasuk pasar raya NTUC FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime. Beg membawa barang pakai buang jenis bahan lain juga akan dikenakan bayaran. Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, mengumumkan tarikh permulaan bayaran beg pakai buang itu di Parlimen pada Khamis. (2 Mac) Ini walaupun harga beg pakai buang kali pertama diumumkan pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg