Topic followed successfully
Go to BHkuPerlu beri peluang adil kepada rakyat S'pura sedang pekerjaan baru dicipta: Josephine Teo
Perlu beri peluang adil kepada rakyat S'pura sedang pekerjaan baru dicipta: Josephine Teo
Perlu beri peluang adil kepada rakyat S'pura sedang pekerjaan baru dicipta: Josephine Teo
SEDANG Singapura berusaha untuk mencipta lebih banyak pekerjaan, ia juga harus terus memastikan rakyatnya mempunyai peluang yang adil untuk meraih pekerjaan itu, kata Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo.
"Wabak Covid-19 telah hanya memperkukuh azam kami. Dalam masa mencabar ini, adalah lebih genting untuk memberi jaminan kepada rakyat kami tentang pengambilan kerja yang adil," ujar Cik Teo.
Beliau berkata demikian setelah Majlis Pekerjaan Nasional mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini (3 Jun), dengan tumpuan melaksanakan Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan latihan.
"Usaha ini harus dilengkapi dengan penekanan yang diperbaharui terhadap peluang adil bagi warga Singapura. Ini tidak kurang penting pada pendapat saya," ujarnya.
Laporan lepas:

