Perlu bersiap cegah ancaman terkini terhadap keharmonian agama: PM Lee
Premium
Perlu bersiap cegah ancaman terkini terhadap keharmonian agama: PM Lee
* Akta Penyenggaraan Keharmonian Agama perlu mengikut peredaran masa * Peranan Muis tangani isu sukar dan sensitif diiktiraf
Nov 8, 2018 | 5:30 AM
MENGIKTIRAF SUMBANGAN MUIS: Encik Lee berkata kesanggupan Muis menghadapi dan bertindak terhadap isu-isu yang sukar menjadikan ia sebuah institusi dihormati di Singapura. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Akta Penyenggaraan Keharmonian Agama perlu mengikut peredaran terkini bagi menangani ancaman baru yang boleh wujud dan menjejas keharmonian agama di negara ini.
Walaupun telah wujud sejak tiga dekad, akta itu belum pernah digunakan, tetapi kewujudannya penting sebagai sumbangan kepada keharmonian agama.

