Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlu guna TraceTogether masuki semua pasar, pusat penjaja

Jul 31, 2021 | 5:30 AM
LANGKAH DIPERTINGKAT: Pengunjung ke pasar dan pusat penjaja, seperti di Pasar dan Pusat Penjaja Kovan 209 perlu menggunakan TraceTogether. - Foto BH oleh KEVIN LIM
LANGKAH DIPERTINGKAT: Pengunjung ke pasar dan pusat penjaja, seperti di Pasar dan Pusat Penjaja Kovan 209 perlu menggunakan TraceTogether. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

KES dan kelompok yang dikesan di pasar dan pusat penjaja kebelakangan ini merupakan peringatan supaya piawaian kebersihan harus terus kekal tinggi dan langkah pengurusan keselamatan perlu dijaga, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) .

Meskipun langkah pematuhan SafeEntry dilihat agak sukar untuk dikawal di kawasan-kawasan itu pada mulanya, ia tetap harus dilaksanakan kerana terdapat keperluan lebih tinggi bagi proses jejak kontak yang lebih cepat, kata NEA semalam.

Untuk itu, pengunjung ke semua pasar dan pusat penjaja di Singapura kini perlu menggunakan aplikasi atau token TraceTogether untuk 'check-in' sebelum masuk.

Menurut NEA, ia telah bekerjasama dengan majlis bandaran, pengendali dan agensi lain untuk menguatkuasakan kawalan akses menggunakan SafeEntry di semua kawasan itu.

Langkah tersebut diumumkan sebelum ini oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 20 Julai lalu sebagai sebahagian daripada langkah dipertingkat menyusuli kes jangkitan Covid-19 yang melonjak naik di Singapura.

Sebanyak 969 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong dan Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim sehingga Khamis.

"Untuk memudahkan kemasukan ke pasar dan pusat penjaja, semua pengunjung, pengendali dan pembantu gerai perlu membawa dan menggunakan Token atau aplikasi TraceTogether untuk mengimbas kod QR," kata NEA.

"NEA dan majlis bandaran akan mengerahkan kakitangan secara bertahap untuk membantu dengan proses 'check-in' di kawasan masuk pasar dan pusat penjaja."

NEA dan majlis bandaran akan mengutamakan pengerahan kakitangan ke kawasan masuk pasar dan pusat penjaja di tempat sibuk, seperti waktu makan bagi pusat penjaja untuk memudahkan kemasukan ke premis dengan selamat dan lebih berkesan.

Ia menggesa pengunjung untuk bersikap bertanggungjawab dan melakukan 'check-in' di pintu masuk, tidak kira jika dikawal kakitangan atau tidak.

"Kami memerlukan pemahaman orang ramai supaya mengikuti langkah pengurusan keselamatan di pasar dan pusat penjaja," tambah NEA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg