Premium
Perlu 'seluruh kampung' lindungi seorang anak
Amat penting untuk orang ramai menjadi 'suara' sekiranya mendapat tahu tentang kes penderaan kerana kanak-kanak adalah golongan yang mudah terjejas
Jul 20, 2020 | 5:30 AM
PENDERAAN ANAK: Apabila ia berkenaan penderaan, Dr Balhetchet berkata orang awam perlu melibatkan diri. Sekiranya mengesyaki kes penderaan kanak-kanak, seseorang itu boleh memberitahu kementerian, melaporkannya kepada polis kejiranan atau ke agensi pemerintah. -
Pasangan suami isteri yang mendera anak mereka yang berusia lima tahun hingga mati kelecuran telah dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan rotan baru-baru ini.Pekerja sosial dan pakar psikologi berkata ada beberapa tanda yang boleh memberitahu kita jika seseorang kanak-kanak itu sedang dianiayai dan penting mengetahui tanda-tanda ini. BERITA HARIAN mendedahkan tanda-tanda ini.
SELAIN kesan fizikal seperti luka atau lebam di badan, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan turut menunjukkan sikap suka memencilkan diri, kurang keyakinan, tidak suka bercampur dengan orang lain, malah boleh mengalami kemurungan.

