Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerlu senggara lif, tangga bergerak walau perniagaan terjejas dek Covid-19
Perlu senggara lif, tangga bergerak walau perniagaan terjejas dek Covid-19
PEMILIK bangunan perlu terus memastikan lif dan tangga bergerak disenggara mengikut peraturan yang ditetapkan, meskipun pandemik koronavirus Covid-19 menjejas operasi perniagaan.
Ini ditekankan oleh rakan tiga pihak dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Sekerja Kesatuan Kebangsaan (NTUC) dan kesatuan sekerja kerabatnya, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), serta persatuan dan kelompok tiga pihak bagi industri lif dan tangga bergerak.
