Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerlu tunggu enam minggu bagi pasport baru: ICA
Perlu tunggu enam minggu bagi pasport baru: ICA
Perlu tunggu enam minggu bagi pasport baru: ICA

WARGA Singapura yang memohon pasport baru kini perlu menunggu sekurang-kurangnya enam minggu, menurut satu kemas kini Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Sementara itu, ramai orang yang memohon pasport baru dari pertengahan Mac hingga April pergi ke Bangunan ICA di Lavender Street, menyebabkan barisan panjang.
"Disebabkan permohonan pasport yang sangat banyak, harap jangka masa pemprosesan lebih lama sekurang-kurangnya enam minggu," ujar ICA.
Notis serupa di laman ICA bulan lalu menyatakan masa menunggu sekurang-kurangnya sebulan.
Menurut satu laporan The Straits Times, barisan sekitar 25 orang dilihat sekitar 3 petang di Bangunan ICA semalam. Mereka yang ditemui di sana berkata barisan di dalam bangunan tersebut mempunyai sekitar 300 orang.
Lonjakan permohonan pasport berlaku ditengah-tengah permintaan perjalanan yang terus meningkat.
Pada Isnin lalu, The Straits Times melaporkan syarikat penerbangan menaikkan tambang mereka antara 20 peratus dan 80 peratus, didorong permintaan terpendam dan cuti sekolah yang bermula pada 28 Mei.
Pada akhir Mac, ICA menasihati rakyat Singapura yang mempunyai rancangan melancong dalam beberapa bulan akan datang dan perlu memperbaharui pasport mereka supaya berbuat demikian lebih awal melalui laman webnya.
Yuran permohonan ialah $70.
Apabila pasport mereka telah siap, pemohon boleh membuat janji temu untuk mengambil pasportnya di mana-mana daripada 27 cawangan pejabat pos yang ditetapkan atau di Bangunan ICA.
Ini diumumkan sebelum pelonggaran sekatan sempadan dan pelaksanaan Rangka Kerja Perjalanan bagi yang sudah Divaksinasi pada 1 April lalu, yang menjadikan perjalanan hampir seperti sebelum pandemik Covid-19 iaitu tanpa kuota ketibaan, kelulusan kemasukan atau kuarantin.
ICA kemudian berkata bahawa ia menerima kira-kira 6,000 permohonan pasport setiap hari, tiga kali ganda purata pra-Covid-19 dari dua tahun lalu.
