Perlu usaha bersepadu bantu pekerja rebut pelbagai skim dan kursus latihan
Premium
Perlu usaha bersepadu bantu pekerja rebut pelbagai skim dan kursus latihan
Feb 23, 2018 | 5:30 AM
BANTU PEKERJA: Encik Zainal Sapari berkata pemerintah, majikan dan agensi-agensi perlu berganding bahu bagi memastikan pekerja rebut pelbagai skim dan kursus latihan. - Foto BH oleh DESMOND WEE. -
PEMERINTAH dan agensi relevan serta majikan harus berganding bahu dalam usaha membantu pekerja mengetahui apakah program latihan yang sedia ada buat mereka, kata Encik Zainal Sapari, Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol.
Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu berkata meskipun terdapat pelbagai skim dan kursus latihan di luar sana, ramai pekerja mungkin tidak begitu pasti tentang di manakah dan bagaimanakah mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut atau menyertai kursus tersebut.

