Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerluas niaga jual baju kurung budak di 4 bazar
Langkah susuli kejayaan besar perniagaan tahun lalu di Bazar Ramadan Paya Lebar
SETAHUN SEKALI: Cik Nazihah (kiri) dan adiknya Cik Nadirah, yang berjualan pakaian Raya kanak-kanak semasa Ramadan sahaja, menunjukkan antara pakaian popular di kalangan pelanggan. - Foto TUKIMAN WARJI -
Jul 12, 2014 | 6:00 AM
SETIAP kali menjelang Hari Raya, Cik Nazihah Abdul Rahim selalu mengalami kesukaran mencari baju kurung yang bersesuaian bagi ketiga-tiga anak kecilnya.
Memandangkan ramai kaum ibu yang mungkin berdepan masalah serupa, beliau sedar terdapat potensi besar baginya memulakan perniagaan dalam baju kurung kanak-kanak.
