Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlumbaan F1 S'pura dibatalkan ekoran pandemik Covid-19

Jun 12, 2020 | 4:41 PM
Singapore GP tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana larangan yang dikenakan ke atas akses dan pembinaan tempat acara di sekitar Litar Marina Bay. - FOTO: Fail.
Singapore GP tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana larangan yang dikenakan ke atas akses dan pembinaan tempat acara di sekitar Litar Marina Bay. - FOTO: Fail. -

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) di Singapura, yang sepatutnya diadakan September ini, akan dibatalkan.

Singapore GP, promoter perlumbaan Grand Prix Singapore Airlines itu, mengumumkan pembatalan tersebut pada Jumaat (12 Jun).

Pembatalan acara gah dalam kalendar sukan negara itu memang dijangkakan memandangkan krisis pandemik koronavirus Covid-19 telah menjejas Singapura dan banyak negara lain.

Singapore GP dalam kenyataannya berkata ia tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana larangan yang dikenakan ke atas akses dan pembinaan tempat acara di sekitar Litar Marina Bay Street sepanjang 5.063 kilometer itu.

Pembinaan tersebut biasanya dimulakan dalam bulan Mei tetapi ia belum dapat dimulakan dan tidak akan selesai menjelang perlumbaan tersebut dalam masa tiga bulan.

Ia juga menyatakan bahawa cabaran lain termasuk perhimpunan besar-besaran dan sekatan perjalanan di seluruh dunia kerana Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg