Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Permaidani gaya geometri jadi pilihan Hari Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABRIZ CARPETS PTE LTD

Permaidani gaya geometri jadi pilihan Hari Raya

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Tabriz Carpets Pte Ltd menawarkan pelbagai permaidani dan khidmat mencuci dan membaiki permaidani menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024 ini, dengan diskaun tambahan sebanyak 15 peratus kepada pengikut media sosialnya.

“Tahun ini, kami membawa kepelbagaian. Reka bentuk moden dan geometri untuk golongan muda yang sukakan kesederhanaan dan juga reka bentuk bunga klasik,” kata pemiliknya, Encik Faramarz Neamati.

Tabriz Carpets bermula di Singapura pada 1999 dengan menjual permaidani Persia buatan tangan meskipun dengan bekalan yang terhad tetapi tetap bersemangat mahu bersaing dengan pemain-pemain besar lain.

Sehingga hari ini, syarikat ini masih berdiri teguh melayani dan menghias rumah-rumah pelanggannya di sini dengan permaidani yang indah serta menawan. Tidak hanya buatan tangan bahkan permaidani buatan mesin yang tetap indah, bermutu, senang dijaga dan ‘mesra’ dalam harganya.

“Permaidani yang kami jual memang kami pilih langsung daripada kilang-kilang pembuat permaidani di Iran. Kami percaya dengan berbuat demikian, kami akan dapat memberikan harga yang lebih rendah kepada pelanggan kami. Harga runcit permaidani kami lebih memadai berbanding peruncit lain dengan mutu yang sama,” tambah Encik Faramarz.

Harga di Tabriz Carpets adalah berdasarkan mutu yang dikategorikan mengikut bilangan simpulan. Bagi permaidani buatan mesin, bermula daripada 500 reed (atau simpulan) hingga 1,700. Sebagai contoh, bagi 500 simpulan, dengan saiz 7 x 5 inci, harganya $280, manakala saiz 7 x10 inci harganya hanya $480.


Bagi 700 simpulan dengan saiz 7 x5 inci harganya $450, manakala saiz 7 x10 inci harganya $750.

Buatan tangan juga ada. Faedah membeli permaidani buatan tangan ialah, ia boleh ditukar beli. Dan permaidani seperti ini mempunyai nilai barang pusaka yang tinggi dan boleh diwarisi oleh generasi akan datang.

Produk terbaru Tabriz Carpets ialah permaidani sutera buluh. Ia ringan dan mempunyai kesan penyejukan untuk bahagian bawah kaki anda menjadikannya sangat selesa untuk cuaca dan iklim Singapura.

“Apabila anda melihatnya, anda mungkin fikir ini permaidani buatan tangan. Ia mempunyai kesan dua tona, yang jika dilihat sisi lain, lebih terang daripada yang lain,” jelas Encik Faramarz dan menambah bahawa permaidani ini terdapat dalam dua saiz, 225 x 150 sentimeter dan 200 x 300 sentimeter.

Tabriz Carpets mempunyai perkhidmatan tambahan untuk mencuci dan membaiki permaidani. Dengan harga yang sangat berpatutan anda boleh menjadikan permaidani lama anda kelihatan segar dan serba baru.

Semua cucian masih dilakukan secara tradisional iaitu cuci dengan tangan. Harganya $2.50 setiap kaki persegi bagi permaidani buatan mesin dan $3.50 setiap kaki persegi bagi permaidani buatan tangan.

“Untuk Hari Raya tahun ini kami juga akan memberikan harga yang menarik, hadiah bagi pembelian dan bagi pengikut kami dalam Instagram dan Facebook, kami akan tambahkan diskaun sebesar 15 peratus,” katanya tentang promosi terbarunya.

Jadi, segeralah kunjungi bilik pameran Tabriz Carpets di 9002 Tampines Street 93 #02-30 Singapura 528836.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >