Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Permaidani sutera buluh ringan; selesa bagi cuaca S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABRIZ CARPETS

Permaidani sutera buluh ringan; selesa bagi cuaca S’pura

Mar 12, 2024 | 05:31 AM



Tabriz Carpets memperkenalkan produk terbarunya, permaidani sutera buluh, pada Ramadan ini serta menawarkan khidmat jual tukar beli permaidani simpul tangan.

“Permaidani sutera buluh adalah produk terbaru kami yang terdapat dalam pasaran.

“Seperti yang diketahui umum, simpul tangan Parsi kebanyakannya menggunakan buluh asli sebagai bahan utama untuk penghasilan permaidani mereka dan penggunaan kapas, buluh dan sutera untuk asas permaidani,” jelas pemilik Tabriz Carpets, Encik Faramarz Neamati,

Beliau menambah, permaidani buatan mesin pula, biasa diperbuat daripada poliester, polipropilena dan akrilik dengan kapas dan poliester sebagai bahan asas. Ia terbukti sebagai bahan yang paling berdaya tahan kerana ia boleh dijaga dengan mudah. Mudah dicuci, divakum dan kalis kotor.

Namun, permaidani sutera buluh ringan dan mempunyai kesan penyejukan pada bahagian bawah kaki anda menjadikannya sangat selesa untuk cuaca dan iklim Singapura.

Harga di Tabriz Carpet Pte Ltd adalah berdasarkan mutu yang dikategorikan mengikut bilangan simpulan.

‘Reed’ bermaksud bilangan simpulan dalam 1 meter lebar manakala bilangan simpulan dalam 1 meter panjang dipanggil kepadatan (density). Lebih tinggi bilangannya, lebih baik.


Contohnya, bagi permaidani 500 simpulan, simpulannya lebih jauh di antara satu sama lain dan lebih tebal, kira-kira 10 milimeter dan lebih manakala simpulan 1,700 lebih nipis.

Encik Faramarz turut berkongsi perbezaan dalam permaidani buatan tangan daripada buatan mesin.

Buatan tangan:


* Semua bahan semula jadi yang diperbuat daripada buluh, sutera dan kapas.

* Pewarna semula jadi daripada bahan organik seperti sayur-sayuran, kulit buah-buahan dan lain-lain.

* Memandangkan ia diperbuat daripada bahan semula jadi, jangan biarkan ia di dalam air untuk tempoh yang lama kerana ia akan berubah warna.

* Putar permaidani secara berkala untuk memberinya keseimbangan apabila anda meletakkan permaidani di kawasan yang kerap dilalui atau apabila bilik mempunyai cahaya matahari langsung (untuk mengelakkan pudar).

* Hantar permaidani untuk dicuci setiap dua tahun sekali untuk memanjangkan jangka hayatnya.

* Usah simpan dalam keadaan tertutup untuk tempoh yang lama kerana mungkin dirosakkan rama-rama.

* Anda boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah matahari selama sejam dua untuk menyegarkannya.

* Hantar untuk dicuci hanya oleh mereka yang profesional.

Buatan mesin:


* Ia diperbuat daripada serat yang bukan semula jadi dan ia tahan lasak.

* Mudah dicuci, mudah dibersihkan.

Tabriz Carpets turut menerima tukar beli permaidani bersimpul tangan sahaja; permaidani buatan mesin tidak boleh ditukar beli, tidak kira nilainya.

Anda boleh menukarnya dengan permaidani baru atau anda boleh mendapatkan wang tunai.

Tetapi anda perlu menghantar permaidani anda untuk pemeriksaan dan penilaian.

Untuk pembelian dan penilaian, kunjungi bilik pameran Tabriz Carpets di 9002 Tampines Street 93, #02-30, Singapura 528836.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >