Topik diikuti
Pergi ke BHkuPermintaan naik bagi peniaga jual roti, kuih dari rumah sewaktu pemutus litar
Peniaga tukang membuat kuih dan roti dari rumah menyaksikan penjualan yang meningkat dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan ini.
Cik Siti Hartini, 38 tahun, pemilik perniagaan kuih dari rumah, Shartini's Food Journal, berkata bahawa selain kuih Hari Raya, penjualan pilihan kuih biasa turut meningkat.
Menurut beliau, penjualan bagi perniagaannya meningkat mendadak dalam sekitar 20 peratus sejak langkah pemutus litar dilonggarkan awal bulan ini, lapor The Straits Times (ST).
Sebelum ini, perniagaan perkhidmatan pengguna yang kurang penting, termasuk peruncit yang menjual manisan telah digantung sejak 22 April lalu.
Sebilangan perniagaan dibenarkan sambung semula operasi sejak 12 Mei namun mereka harus mematuhi langkah diperketat yang masih berkuat kuasa.
Antara lain yang ditinjau ST, Cik Norazilina Shukor, pemilik The Cakerie Club berkata bahawa permintaan bagi kek tempahan khususnya meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus ketika tempoh pemutus litar ini.
