PERMOHONAN untuk mendapatkan bantuan wang sekali $400 bagi isi rumah Muslim telah bermula dan akan berlangsung sehingga akhir bulan ini.
Warga Singapura atau penduduk tetap berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan bukan penerima bantuan kewangan zakat atau ComCare boleh membuat permohonan bagi Dana Sokongan Covid-19 Muis (CMSF) itu.
Individu ini perlu mempunyai gaji per kapita antara $400 dengan $1,000 dan gaji mereka berkurangan sekurang-kurangnya 30 peratus akibat Covid-19.
Hanya satu permohonan diterima dari setiap isi keluarga.
Mereka yang berminat boleh memohon menerusi borang dalam talian di go.gov.sg/CMSF, dan perlu menyerahkan dokumen sokongan.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Majlis Ugama Islam Singapura berkata CMSF bernilai $1.6 juta itu dijangka membantu sekitar 4,000 isi keluarga.
Dana itu diperuntuk bagi kededua pekerja dan individu yang bekerja sendiri.
Sejumlah $200,000 diperuntuk bagi asatizah, dan yang terlibat dalam pembelajaran Islam yang terjejas kerana Covid-19.
Mereka yang memohon bagi bantuan lain Covid-19 tetapi gagal akan diberi perhatian khas.
Tempoh permohonan adalah antara 10 Ogos hingga 31 Ogos.
Pemohon berjaya akan menerima wang bantuan pada pertengahan September.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg