Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan bagi dermasiswa LBKM dibuka

Jan 19, 2021 | 5:30 AM
7e93cf2a-d92e-4d75-867d-4e4d4c67cddd
-

PERMOHONAN bagi dermasiswa Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) untuk pelajar aliran sekular dan madrasah telah bermula semalam.

Bagi aliran sekular, dermasiswa itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah, maktab rendah dan prauniversiti, dan bagi aliran madrasah pula, ia terbuka kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan prauniversiti.

Tawaran itu dibuka kepada pelajar warga Singapura, atau salah seorang ibu bapa pelajar warga Singapura, yang sedang belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah pemerintah dan madrasah yang diiktiraf di Singapura.

Dalam kenyataannya semalam, LBKM berkata pelajar yang sudah atau akan menerima dermasiswa atau biasiswa pemerintah atau pertubuhan lain, mereka tidak dibenarkan menerima dermasiswa tawaran LBKM.

Dalam pada itu, pelajar madrasah yang menerima bantuan Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas) dibolehkan membuat permohonan bagi dermasiswa LBKM.

Nilai dermasiswa bagi pelajar aliran sekular bermula daripada $300 hingga $500, dan aliran madrasah pula bermula daripada $350 hingga $600.

Kesemua permohonan hendaklah dibuat melalui dalam talian di laman LBKM di www.lbkm.org.sg.

Permohonan itu tidak akan diproses jika ia tidak lengkap, semua dokumen yang berkaitan tidak lengkap dilampirkan, dan jika permohonannya diterima selepas tarikh tutup.

Tarikh tutup permohonan ialah Jumaat, 26 Februari 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg